Blog ini saya dedikasikan khasnya sebagai khasanah ilmu, panduan, iktibar untuk diri sendiri. Sekiranya ada manfaat, moga ia dapat dirasakan juga oleh orang lain. Andai ada pahalanya, saya hadiahkan untuk ibubapa dan seluruh keluarga saya.

Friday, 2 September 2016

SUSAH SENANG JADI ORANG

Orang, insan atau manusia adalah makhluk Tuhan yang sifatnya ada persamaan dengan makhluk-makhluk lain.  Orang ada fizikal sama macam pokok, batu, robot, haiwan dan lain-lain makhluk jamadat. Orang ada nafsu sama macam syaitan si makhluk jahat.  Tapi nafsu orang lebih advance dari syaitan sebab ia sentiasa mengajak kepada kejahatan dan pandai pula mencapainya sebab dalam diri manusia itu Allah juga beri akal untuk berfikir macamana nak mencapai kehendak nafsu itu.  Sebab itu manusia bila jahat, boleh lebih jahat dari syaitan. Orang juga ada roh sama macam malaikat si makhluk baik.  Tapi roh manusia juga boleh jadi lebih advance dari malaikat. Dengan akal yang Allah beri itu dia boleh berfikir macamana nak jadi sebaik-baik makhluk lebih dari malaikat. Maknanya nak jadi orang yakni makhluk hidup yang lengkap ada fizikal, nafsu, akal, roh berperanan secara seimbang macam yang Allah kehendaki itu bukanlah senang. Sebab  kalau hanya fizikal sahaja yang aktif dah jadi robot pula.  Kalau nafsu terlebih aktif jadi syaitan pula.  Kalau akal yang terlebih dah jadi komputer pula.  Kalau roh sahaja yang aktif maknanya dah arwah alias matilah.

Aduhai ... susahnya nak jadi orang!
Allah Maha Tahu.  Sebab itulah Allah utuskan Rasul-rasul untuk mendidik manusia supaya jadi orang. Tak cukup dengan Rasul,  Allah jadikan Nabi-nabi, para Sahabat dan orang-orang soleh pula sebagai contoh tauladan manusia yang seimbang.  Diturunkan juga kitab untuk setiap umat. Bagi umat Islam diberi kitab yang pengakhir yang paling komplit, universal dan komprehensif yakni Al-Quran.  Tak cukup jelas lagi, Rasulullah tinggalkan hadis sebagai panduan atau aplikasi bagaimana nak laksanakan Al-Quran itu.
So ...bila difikir-fikir sebenarnya Allah dah beri cara senang nak jadi orang.  Tinggal kita nak ikut atau tidak. Tepuk dada tanya selera.


CITA-CITA

Dari kecil-kecil lagi saya selalu dengar soalan itu.  Dari tak faham sampailah faham soalan itu jugalah yang selalu dilontarkan kepada saya. Dari kawan sebaya sampailah atuk nenek yang dah tua tanya soalan yang sama. Orang yang baru kenal, jiran, kawan lama soalannya sama juga. Di sekolah, di rumah, di bandar, di kampung asal sembang dengan orang baru dikenal je mesti dia akan tanya soalan itu juga.  Apalagi jika saya sedang pakai baju sekolah.

"Apa cita-cita awak? Bila dah besar nanti kamu nak jadi apa?"
Itulah soalan klise yang saya maksudkan.

Lama-lama saya boring juga dengan soalan itu. Tak ada soalan lain ke? Kawan-kawan ada yang bagi cadangan, jawab jelah nak jadi doktor ke, peguam ke ... Tapi saya tak nak, sebab saya tak nak jawaban tu. Saya kata pada kawan-kawan, saya tak nak menipu.

Suatu hari saya tanya ibu saya, macamana nak jawab kalau orang tanya pasal cita-cita. Ibu kata, jawab je nak jadi orang yang berguna. Saya ikut je cakap ibu walaupun tak faham sangat, sampailah suatu hari ayah menerangkannya dengan panjang lebar.  Pendek ceritanya penerangan ayah saya tu saya simpulkan begini:

Mengapa manusia hidup? Ialah untuk menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.  Aktifiti yang Allah suruh buat di dunia ini adalah berhubung dengan Allah (hablumminallah) dan berhubung dengan manusia (hablumminannas).  Dua aktiviti itu dilakukan dengan disiplin tertentu yang disebut syariat Allah.  Ada yang berupa aktiviti fizikal, mental, spiritual.  Itulah yang dinamakan ibadah yakni pengabdian kepada Allah.  Samada aktiviti habluminallah ataupun hablumminannas semuanya adalah untuk mengabdi kepada Allah.  
Sebab itulah apa-apapun yang kita buat kenalah dibuat kerana Allah. Sholat, puasa, haji, makan, minum, berjalan dan apa saja yang kita buat adalah sebagai pengabdian kepada Allah.


Berbalik kepada cerita CITA-CITA, hakikatnya semua orang kenalah bercita-cita begitu, iaitu mengabdikan seluruh hidup dan mati ini untuk Allah. Sesungguhnya sholatku, hidupku, matiku, ibadahku adalah kerana Allah Taala, sepertimana yang kita selalu ulang-ulangkan setiap kali kita sholat (doa iftitah). Secara praktikalnya pengabdian kepada Allah ini juga wajib diterjemahkan juga dalam kita berhubung dengan manusia. Menjadi khalifah di muka bumi bermakna kita bermasyarakat, memimpin manusia sekurang-kurang memimpin diri dan keluarga.  bagi seorang lelaki kena memimpin diri sendiri, memimpin isteri, anak-anak, pekerja, bawahan dan lain-lain. Bagi wanita pula memimpin diri, anak-anak dan wanita-wanita lain. Berapa banyak orang yang nak dipimpin itu mengikut kemampuan masing-masing. Bahasa ringkasnya jadilah orang yang berguna atau bermanfaat kepada manusia lain. Dan Rasulullah SAW bersabda bahawa, sebaik-baik manusia itu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Bercakap pasal manfaat ertinya somethings positive, benda atau perkara yang baik atau berfaedah untuk diri sendiri dan orang lain. Tak semestinya perkara besar.  Senyum, tegur sapa, buang duri dari tengah jalan agar tak membahayakan orang lain pun dikira manfaat. Pendekata kalau kita boleh buat hidup orang lain gembira, selesa, bahagia itu dikira kita memberi manfaat kepada orang lain.