Blog ini saya dedikasikan khasnya sebagai khasanah ilmu, panduan, iktibar untuk diri sendiri. Sekiranya ada manfaat, moga ia dapat dirasakan juga oleh orang lain. Andai ada pahalanya, saya hadiahkan untuk ibubapa dan seluruh keluarga saya.

Friday, 2 September 2016

SUSAH SENANG JADI ORANG

Orang, insan atau manusia adalah makhluk Tuhan yang sifatnya ada persamaan dengan makhluk-makhluk lain.  Orang ada fizikal sama macam pokok, batu, robot, haiwan dan lain-lain makhluk jamadat. Orang ada nafsu sama macam syaitan si makhluk jahat.  Tapi nafsu orang lebih advance dari syaitan sebab ia sentiasa mengajak kepada kejahatan dan pandai pula mencapainya sebab dalam diri manusia itu Allah juga beri akal untuk berfikir macamana nak mencapai kehendak nafsu itu.  Sebab itu manusia bila jahat, boleh lebih jahat dari syaitan. Orang juga ada roh sama macam malaikat si makhluk baik.  Tapi roh manusia juga boleh jadi lebih advance dari malaikat. Dengan akal yang Allah beri itu dia boleh berfikir macamana nak jadi sebaik-baik makhluk lebih dari malaikat. Maknanya nak jadi orang yakni makhluk hidup yang lengkap ada fizikal, nafsu, akal, roh berperanan secara seimbang macam yang Allah kehendaki itu bukanlah senang. Sebab  kalau hanya fizikal sahaja yang aktif dah jadi robot pula.  Kalau nafsu terlebih aktif jadi syaitan pula.  Kalau akal yang terlebih dah jadi komputer pula.  Kalau roh sahaja yang aktif maknanya dah arwah alias matilah.

Aduhai ... susahnya nak jadi orang!
Allah Maha Tahu.  Sebab itulah Allah utuskan Rasul-rasul untuk mendidik manusia supaya jadi orang. Tak cukup dengan Rasul,  Allah jadikan Nabi-nabi, para Sahabat dan orang-orang soleh pula sebagai contoh tauladan manusia yang seimbang.  Diturunkan juga kitab untuk setiap umat. Bagi umat Islam diberi kitab yang pengakhir yang paling komplit, universal dan komprehensif yakni Al-Quran.  Tak cukup jelas lagi, Rasulullah tinggalkan hadis sebagai panduan atau aplikasi bagaimana nak laksanakan Al-Quran itu.
So ...bila difikir-fikir sebenarnya Allah dah beri cara senang nak jadi orang.  Tinggal kita nak ikut atau tidak. Tepuk dada tanya selera.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.